Monday, March 6, 2017

Dexandra perfume

Assalamualaikum.. Hope korang happy bersama orang-orang tersayang

ni nak mai cerita sikit..hari tu ms tgh2 kerja tetiba ade hamba Allah ni bg hadiah kat kite..terkejut mama! buka2 nak tau ape x???bila kite bau masyaAllah wanginya!!!

haa..ni la yg dah curi hati kite..terpikat sgt dgn bau dia..
nie dia dexandra perfume
wangian zahra


kalau korang nak cuba boleh juga contact kite yer..sejak dr tu kite pun jual skali sbb suka sgt ngan bau yg tahan lama.

whatsapp 0136643646 ct hajar

Tuesday, January 17, 2017

RESEPI BROWNIES KEDUT

Assalamualaikum.. Hope korang happy bersama orang-orang tersayang
credit picture to google


Hari ni nak share resepi brownies kedut yang teramat la sedap!! rasa yg crunchy kat atas tp padat kat dalam..resepi diambil dari blog azlitamasammanis. terima kasih sudi kongsi resepi nie.. klu nak tau rasa nya sedap ke tak, cubalah sendiri~ jom

Bahan- bahan:

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko 


Cara-cara :

Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. 
Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit

Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.


Alhamdulillah

Assalamualaikum.. Hope korang happy bersama orang-orang tersayang..meh nak update sikit pasal diri aku.tahun 2017 ni aku da ade sorang anak yg da berumur 2 tahun,,Alhamdulillah Allah dah kabulkan doa kami suami isteri.. sekarang masa untuk menambah lagi khalifah Allah dimuka bumi..kehidupan kami baik2 aje..Allah dah bagi kami kecukupan untuk kelansungan hidup di atas dunia yang maha luas ni.😉